Friday, December 22, 2006

itu lah...kerana pulut santan binasa kerana mulut badan pulak merasa...
erk..sebenarnyer aku tak ckp sesapa pun cuma..madah ni kufikirkan baik untuk dikongsi bersama..itu aje..jangan ada yang terasa tau...

hik..hik..hik..tahun baru hampir menjelma..setiap insan mesti ada dah tersemat azam baru di dada...
AKU??? aku sedang melaksanakan azam terakhir 2006..azam baru belum aku fikirkan sebabnyer terlalu byk azam..terlalu banyak impian dalam hidup aku yang belum tertunai...

Tazkirah Lagi

Ujian tingkatkan kematangan..tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. sama ada di rumah, pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia.

Bagaimanapun Rasulullah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud "sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."

Ingatlah bahawa ujian selalu seiring dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan, melemahkan semangat dan menerbitkan rasa kecewa serta putus asa sedangkan Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan".

Yang penting, sering disematkan dalam hati, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Wednesday, December 6, 2006

Kindness

One of the most difficult things to give away is kindness,
for it is usually returned!

Tuesday, December 5, 2006

Teratai Ungu



kasih semekar teratai, tanpa kenal siang dan malam,tanpa kenal mentari dan cahaya bulan..

AL-FATIHAH

Ayah,
sungguh aku rindu menatap wajahmu yang tenang, ayah..semalam, sekali lagi aku menghitung waktu-waktu pemergianmu ke sisiNya, ayah..
sungguh aku rindu padamu, ayah....tak ternilai rindu ini dengan kasihmu yang kusemadikan sepanjang hayatku, ayah..sudah 6 tahun berlalu ayah tapi rindu ini takkan pernah berbalas ayah..tiada satu atau dua..kau satu-satunya Ayah..bergenang mutiara-mutiara kasih ini ayah setiap kali mengenangkan mu , ayah.
Ayah,
ayah yang hebat..tiada insan lain sehebatmu ayah..sungguh aku rindu padamu , Ayah..
terkenang-kenang sejuknya tanganmu menyentuh dahiku ketika aku demam ayah..andainya kau masih ada ayah, akan aku bahagiakanmu sepertimana kau bahagiakan aku..ayah...
tapi sayang, kau tiada lagi disisiku , Ayah...sungguh pilu sungguh rindu aku padamu ayah..
Ayah,
aku terlalu menyanjungimu ayah...aku pelik kenapa ada insan sesabarmu ayah...aku hairan kenapa kau tak pernah marah, ayah...sungguh aku rindu pada setiap yang ada padamu, Ayah...
sungguh aku rindu...sungguh aku pilu..
Al-Fatihah....

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

AminYarabbalalamin

Monday, November 27, 2006

adam ammar zachary




hari ini genap sudah 6 tahun Adam Ammar Zachary.sungguh payah sewaktu melahirkan anak bujang yang seorang ini...pejam celik..pejam celik..dah besar rupanya anak umi dan ayah.




juga tanpa sedar, anak ini sekarang sudah bisa menjadi teman bicara berkongsi cerita.




selamat hari lahir sayang, semoga Ayong menjadi anak yang soleh, berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.




peluk cium dari umi,ayah dan adik-adik.

Friday, November 24, 2006

KAWAN MAKLANG


wakakakakakakkaka....

sblom maklang meneruskan karangan ini, ingin rasanya maklang mengucapkan ampun maaf dari kawan2 maklang sekalian...maaf la...dikala bosan menusuk perasaan ini, maklang jadi buntu lantas tak dapat melawan nafsu jarijemari untuk mengillustrasikan wajah kalian...ada yang jadi sepertinya...ada yang gagal menyerupai kalian..namun wajah2 jelita inilah yang sentiasa meneman kesunyian dan kebuntuan maklang..tak mengapa..ini cuma illustrasi nukilan maklang..jangan ada yang berkecil hati ya...kerana maklang tak mampu nak bahagiakan kesemuanya..hmm..hmm..hmmm...

PETUA UNTUK PRIA

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami
untuk menambat hati isteri?
· Sentiasa berdoa agar disayangi.
· Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
· Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai
kegiatan isteri sepanjang hari.
· Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan
tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting
adalah simpati.
· Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti
terhadap isteri.
· Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau
untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
· Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
· Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan
sebagainya).
· Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
· Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
· Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat
bergerak atau bertindak.
· Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
· Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan
tidak mengungkit atau banyak komen.
· Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan
pulang.
· Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran
secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
· Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
· Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
· Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
· Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali
sehari.
· Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin
memberitahu "AKU CINTA PADAMU ". (thanks baby, u did it!)
· Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
· Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
· Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
· Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
· Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
· Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
· Sentiasa lakukan ibadah bersama.
· Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat
penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
· Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
· Urut belakang isteri sekali sekala.
· Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
· Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
· Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau
tinggalkannya jauh ketika berjalan.
· Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan
kemesraan.
· Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
· Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan
setiap masa.
· Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di
kalayak ramai.
· Lebihkan isteri daripada anak-anak.
· Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri
sepertimana dia memanjakan anda.
· Seeloknya masuk tidur serentak.
· Belai isteri sebelum pergi kerja.
· Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
· Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
· Lakukan riadah bersama isteri.
· Pergi berkelah sekali sekala.
· Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

PeTuA drPd. Kak Ngku Shahira

AKU PENCINTAMU

aku masih disini kekasih
telah lama kusimpan segalanya
janji yang tak pernah kau tunaikan
tapi aku masih setia menanti

cintaku masih lagi disini
masih berbunga menantikanmu
walaupun harumnya hampir hilang
tapi ku tetap pencinta yang setia...ohhh...

dan aku masih disini sayang
masih setia menanti dirimu
kerana kita pernah sayang menyayang
kuharap cintamu tak akan pudar
dan ku masih menanti dirimu
masih segar menanti segalanya
jangan kau ucapkan selamat tinggal
akan hancur hatiku kerna kamu...oohhhh..

dan aku masih disini sayangku
walaupun kau hilang kian lama
rela cintaku jadi begini
kerana aku pencinta yang setia...

dengarkan kasih
laguku ini
kerna diriku
pencintamu......

titipan melodi kasih untuk para sahabat,
OTAI

I.D.E.A

once the mind is stretched by a new idea it never regains its original dimension

NILAI SEKETUL HATI


Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu".
Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya disebelah kiri dada. Namun Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa hati adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.
Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya . Maka hati adalah asas yang menggerakkan semua kegiatan jasad. Jika baik , maka baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.
Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan,
Demikian tazkirah untuk hari ini,

Thursday, November 23, 2006

QASEH

Gelita kerana Cinta,benderang kerana kasih...

birthday kiah



arini..dikesempatan ini, ingin benar rasanya mak lang memeluk sahabat yang dirindui..yang jauh.entah kenapa terasa dekat tapi tangan ini tak berupaya memeluk tubuh montel itu..


hari ini hari bahagia sahabat ku itu..azbakiah, nun jauh diselatan.dengan iringan doa tulus ikhlas, ingin mak lang mengucapkan salam ulangtahun kelahiran yang ke...ooopppsss!mungkin dia mahu merahsiakan resepi kelahirannya itu...takpelah...hanya aku yang tahu.


semoga kau berbahagia selalu,dipanjangkan umur..dipermudahkan perjalanan hidup dan semoga dipercepatkan jodoh dengan pria yang paling terhebat...


terima lah pelukan ku dari jauh untuk sahabat yang dikenang selalu...oppppss..! satu lagi..maaf sahabatku, aku takde kesempatan nak hantar adiah ke..kek ke...cuma ada gambar aku makan ciskek bedebah di kedai resepi yang paling dirahsiakan..aku harap..gambar itu mewakili niatku untuk belanja kau makan ciskek.....salam sayang..

Wednesday, November 22, 2006

pria ku




ha..yang ni la pria terhebat aku...pelik gak..masa mula2 menikahi dia dulu, takla bulat cenggini.nape tetiba lah tembun cenggini ye..aku pun tak paham nape..but..ini lah pria terhebat aku...yang juga PAK LANG korang..erk..tapi korang jangan tesalah pandang ye..yang sebelah dia tu bukan Mak Lang..bukan!bukan!dan bukan..she was just angle from nowhere!grrrr.....

Asal Usul

Semuanyer kerana asal usul....asal usul Mak Lang bukanlah hak gelaranku sejak dilahirkan..tak semena-mena..sejak menikahi pria terhebat itu, maka aku pun dpt gelaran Mak Lang dari anak-anak buah pria terhebat itu...hmm..Mak Lang..! bunyi macam garang...tp aku seadanyer aje..takla garang mana pun..kalo tak percaya boley tanya pria terhebat itu tentang kehebatan aku pulak..
salam perkenalan untuk semua bloggers, ini kali pertama aku buat karangan so harap maklum segala kekurangan..