Friday, November 24, 2006

NILAI SEKETUL HATI


Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu".
Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya disebelah kiri dada. Namun Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa hati adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.
Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya . Maka hati adalah asas yang menggerakkan semua kegiatan jasad. Jika baik , maka baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.
Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan,
Demikian tazkirah untuk hari ini,

No comments: