Friday, December 22, 2006

itu lah...kerana pulut santan binasa kerana mulut badan pulak merasa...
erk..sebenarnyer aku tak ckp sesapa pun cuma..madah ni kufikirkan baik untuk dikongsi bersama..itu aje..jangan ada yang terasa tau...

hik..hik..hik..tahun baru hampir menjelma..setiap insan mesti ada dah tersemat azam baru di dada...
AKU??? aku sedang melaksanakan azam terakhir 2006..azam baru belum aku fikirkan sebabnyer terlalu byk azam..terlalu banyak impian dalam hidup aku yang belum tertunai...

Tazkirah Lagi

Ujian tingkatkan kematangan..tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. sama ada di rumah, pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia.

Bagaimanapun Rasulullah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud "sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."

Ingatlah bahawa ujian selalu seiring dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan, melemahkan semangat dan menerbitkan rasa kecewa serta putus asa sedangkan Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan".

Yang penting, sering disematkan dalam hati, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Wednesday, December 6, 2006

Kindness

One of the most difficult things to give away is kindness,
for it is usually returned!

Tuesday, December 5, 2006

Teratai Ungu



kasih semekar teratai, tanpa kenal siang dan malam,tanpa kenal mentari dan cahaya bulan..

AL-FATIHAH

Ayah,
sungguh aku rindu menatap wajahmu yang tenang, ayah..semalam, sekali lagi aku menghitung waktu-waktu pemergianmu ke sisiNya, ayah..
sungguh aku rindu padamu, ayah....tak ternilai rindu ini dengan kasihmu yang kusemadikan sepanjang hayatku, ayah..sudah 6 tahun berlalu ayah tapi rindu ini takkan pernah berbalas ayah..tiada satu atau dua..kau satu-satunya Ayah..bergenang mutiara-mutiara kasih ini ayah setiap kali mengenangkan mu , ayah.
Ayah,
ayah yang hebat..tiada insan lain sehebatmu ayah..sungguh aku rindu padamu , Ayah..
terkenang-kenang sejuknya tanganmu menyentuh dahiku ketika aku demam ayah..andainya kau masih ada ayah, akan aku bahagiakanmu sepertimana kau bahagiakan aku..ayah...
tapi sayang, kau tiada lagi disisiku , Ayah...sungguh pilu sungguh rindu aku padamu ayah..
Ayah,
aku terlalu menyanjungimu ayah...aku pelik kenapa ada insan sesabarmu ayah...aku hairan kenapa kau tak pernah marah, ayah...sungguh aku rindu pada setiap yang ada padamu, Ayah...
sungguh aku rindu...sungguh aku pilu..
Al-Fatihah....

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

AminYarabbalalamin