Thursday, June 14, 2007

SHREK


well,

this is what we've been through, meeting shrek at OU (kakngku's fvt)..wonder why people so addicted of this ogre bulky guy..infact we're part of that so called "people"...muahahahaha

GP-the 1st & only muslimah champion


ladies and gentlemen,


"pleased to announce that our future GP-muslimah champion....big hands to....little princess.....
"Athirah Nurin Diyana"...

Selamat Hari Bapa

sepanjang minggu ni..sibuk radio era bincangkan pasal hari bapa...sayangnya, disaat corong telinga dipenuhi dengan kata2 pujangga untuk mereka yang menyanjungi sang bapa, aku dah pun hilang satu permata dikalangan permata2 yang aku miliki sebelum ini dan sehingga hari ini.

permata yang amat aku sanjung...permata yg amat aku rindu...AYAH!
dalam rindu yg tak pernah padam, dalam hati yang masih tependam kasih ayah..aku rupanya telah jauh merenung kenangan semasa hayat ayah masih ada.

hari ini, aku tidak lagi bergantung kasih pada ayah. aku sudah punya suami dan juga ayah kepada putera dan puteri aku.

satu lagi permata yang amat bernilai yang amat aku sanjung sama seperti ayah meskipun hebat kasihnya dalam ruang yang berbeza.

selamat hari bapa untuk keduanya. untuk ayah yang tidak lagi mendengar,melihat dan tidak lagi apa-apapun jua, hanya doa padamu ayah, dengan kasih yang tak pernah padam, dengan hati yang cukup ikhlas mengenangmu, hanya sekalung Al-Fatihah.

untuk suami yang aku cinta, selamat juga untuk mu sayang. semoga terus menjadi ayah yang terbaik buat generasimu. juga dengan rasa cinta yang tak pernah pudar, aku sentiasa setulus ikhlas mengasihimu ,juga anak-anak yang masih belum mengerti apa-apa, suatu ketika pasti akan datang coretan seperti ini daripada mereka yang mengenang jasamu sayang.....

selamat hari bapa!

Monday, June 11, 2007

Kembar Harry Boy


ni si angah..dah botak..dan bila botak semakin nakal...mulut tak reti langsung nak diam..tangan kaki otak semer bejalan serentak..anak yg bijak dan menguji kesabaran.

Rindu Lagi

dah lama rasanya jari jemari ini tidak menyentuh blog ini..tuan empunya blog sibuk benar mengisi ruang masa dengan tugas2 yang kadangkala membosankan..
selamat bertemu kembali para sahabat dan pria tersayang..takde cerita menarik nak dikongsi bersama cuma ketentuan masa yang tidak mengizinkan.anak-anak semakin membesar, si ayah juga kian membesar bagai johan..cepat sungguh masa berlalu hinggakan tak sedar perubahan saiz dan waktu..
naper la org2 kat sini suka mengganggu aku....ish...nak update blog pun tak punya ruang waktu tersendiri..chow dulu..nnt citer lagi

Ruang Rindu untuk Ayah

Di daun yang ikut mengalir lembut Terbawa sungai ke ujung mata Dan aku mulai takut terbawa cinta Menghirup rindu yang sesakkan dada Jalanku hampa dan ku sentuh dia Terasa hangat oh di dalam hati Ku pegang erat dan ku halangi waktu Tak urung jua ku lihatnya pergi Tak pernah ku ragu dan selalu ku ingat Kerlingan matamu dan sentuhan hangat Ku saat itu takut mencari makna Tumbuhkan rasa yang sesakkan dada Kau datang dan pergi oh begitu saja Semua ku terima apa adanya Mata terpejam dan hati menggumam Di ruang rindu kita bertemu ..



Saat hari bapa semakin menjelma, saat itu juga datangnya rindu pada ayah yang tak pernah terpadam...Al Fatihah