sepanjang minggu ni..sibuk radio era bincangkan pasal hari bapa...sayangnya, disaat corong telinga dipenuhi dengan kata2 pujangga untuk mereka yang menyanjungi sang bapa, aku dah pun hilang satu permata dikalangan permata2 yang aku miliki sebelum ini dan sehingga hari ini.
permata yang amat aku sanjung...permata yg amat aku rindu...AYAH!
dalam rindu yg tak pernah padam, dalam hati yang masih tependam kasih ayah..aku rupanya telah jauh merenung kenangan semasa hayat ayah masih ada.
hari ini, aku tidak lagi bergantung kasih pada ayah. aku sudah punya suami dan juga ayah kepada putera dan puteri aku.
satu lagi permata yang amat bernilai yang amat aku sanjung sama seperti ayah meskipun hebat kasihnya dalam ruang yang berbeza.
selamat hari bapa untuk keduanya. untuk ayah yang tidak lagi mendengar,melihat dan tidak lagi apa-apapun jua, hanya doa padamu ayah, dengan kasih yang tak pernah padam, dengan hati yang cukup ikhlas mengenangmu, hanya sekalung Al-Fatihah.
untuk suami yang aku cinta, selamat juga untuk mu sayang. semoga terus menjadi ayah yang terbaik buat generasimu. juga dengan rasa cinta yang tak pernah pudar, aku sentiasa setulus ikhlas mengasihimu ,juga anak-anak yang masih belum mengerti apa-apa, suatu ketika pasti akan datang coretan seperti ini daripada mereka yang mengenang jasamu sayang.....
selamat hari bapa!
Thursday, June 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment